Sunday 13 November 2011

7 peraturan untuk menguasai Peperiksaan

1. Baca soalan beberapa kali sehingga anda benar-benar memahaminya.

2. Kira atau ramalkan jumlah markah yang akan anda dapat daripada setiap soalan.

3. Tetapkan jumlah masa untuk setiap soalan.

4. Bermula dengan soalan-soalan yang mudah dahulu.

5. Mulakan soalan baru di halaman yang baru.

6. Hanya gunakan  'liquid paper' selepas menjawab soalan.

7. Pastikan anda selesai menjawab soalan  20 minit sebelum masa tamat.


Semoga Berjaya...adiosssssssssssssssssss

Saturday 12 November 2011

10 negara terkaya di dunia

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (10)
Equatorial Guinea
Negara yang berada pada kedudukan nombor 10 negara paling kaya ialah negara Equatorial Guinea yang terletak di benua afrika, menggunakan bahasa rasmi spanish dan french, negara ini memperolehi pendapatan per kapita $ 44,100.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (9)
IRELAND
Negara Ireland berada pada kedudukan nombor 9, merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan per kapita dengan berjumlah
$ 45,600.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (8)

AMERIKA SYARIKAT
Negara yang digelar dengan gelaran polis dunia (bukan polis santeri yer) ini memang sentiasa menjadi perhatian dunia. Dari Hollywood sehinggalah isu-isu semasa, negara yang mempunyai populasi 308 juta lebih penduduk dan negara yang melahirkan ramai ‘billionares’ di dunia. Adalah dikhabarkan, ‘billionares’ yang tinggal di Amerika Syarikat adalah seramai mereka yang berada di dunia secara total, dengan kepesatan teknologinya boleh dikatakan Amerika Syarikat ini layak digelar syurga teknologi. Per kapita yang diperolehi negara Amerika Syarikat ini ialah $ 46,000. (hmm boleh tahan tu).

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (7)
SINGAPURA
Yang berada di tangga ke 7 ialah negara Singapura (bukan Singa berpura yer hehe). Negara yang mempunyai 63 buah pulau dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi . Singapura terkenal dengan pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mesra untuk mejalankan urusan perniagaan. Singapura dikenali dengan gelaran ’4 Asian Tigers’. Per kapita yang diperolehi negara Singapura ini ialah $ 48,900.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (6)
UAE  (United Arab Emirates)
Uae negara dari benua arab berada di tangga ke 6 dengan nilai kekayaan per kapita sebanyak $ 55,200. Negara yang sinonim dengan kekayaan minyak dan gas asli ini telah mencapai kejayaan antara negara yang termaju di dunia, mempunyai bangunan yang tertinggi di dunia dan abad ini yang dikenali dengan nama burj khalifa telah meletakkan Uae antara senarai negara terkaya di dunia.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (5)
KUWAIT
Negara yang berada di tangga ke 5 ialah Kuwait dengan mempunyai pendapatan per kapita $ 55,300. Mempunyai populasi penduduk seramai 3 juta lebih. Kuwait bermaksud “Tembok yang dibina berdekatan air” di dalam bahsa arab. Kuwait kaya dengan hasil minyak dan mempunyai 10% daripada rizab minyak dunia. Sebagai negara tanpa sistem cukai, lebih 80% hasil negara diperolehi daripada jualan eksport minyak mentah. (hohoho hebat tu)

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (4)
NORWAY
Negara yang terkenal dengan keindahan diibaratkan seperti syurga dunia berada di tangga ke-4 senarai per kapita dengan nilai $ 55,600. Mempunyai populasi penduduk sebanyak 4 juta lebih. Ibu kota yang dikenali dengan nama Oslo. Bandar Oslo telah mewakili suku penduduk Norway iaitu 907,288 ribu. Norway mempunyai kos sara hidup 30% lebih mahal daripada di US. 

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (3)
BERMUDA
Bermuda negara kepulauan yang berdekatan dengan Amerika Syarikat dan merupakan bekas tanah jajahan British. Mempunyai populasi rakyat seramai 67 ribu lebih. Negara yang terkenal dengan peristiwa triangle bermuda tempat kapal terbang yang hilang secara mengejut (menakutkan tu hehe). Mempunyai pendapatan per kapita sebanyak $ 69,900.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (2)
QATAR

Salah sebuah lagi negara arab yangmempunyai pendapatan per kapita tertinggi iaitu $ 75,900. Mempunyai populasi penduduk sebanyak 1 juta lebih. mencapai kemerdekaan daripada Great Britain pada tahun 1971.
Tanpa cukai pendapatan, Qatar mempunyai kadar cukai antara yang terendah di dunia namun masih mampu menawarkan kemudahan secara percuma kepada penduduknya.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (1) JUARA
Negara yang paling kaya sekali di dunia dengan mempunyai pendapatan per kapita tertinggi ialah bukan negara yang besar dan canggih seperti Amerika Syarikat dan mempunyai hasil minyak yang banyak seperti negara arab tetapi ialah sebuah negara yang kecil dan tidak dikenali iaitu Luxembourg, sebuah negara yang korang semua pun tidak pernah dengar (jangan cari peta sekarang yer).


LUXEMBOURG
Negara yang menggunakan bahasa rasmi Luxembourgish, French dan Jerman. Negara kecil ini hanya berkeluasan 50X30 batu persegi. Dengan mempunyai populasi penduduk 511,840 negara ini merupakan satu keajaiban Eropah selain menjadi 1 daripada 8 negara terkecil di dunia. Mengikut sistemnya, Luxembourg diiktiraf negara terkaya di dunia 2011 mengikut pendapatan per kapita.

Cara Menanam PokokTomato

Penyediaan Anak Benih Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha. Biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g biji benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan iaitu:-

1.Semaian batas
2.Semaian polibeg
3.Semaian kotak


Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran 1000 cm lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Semai biji benih sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm. Kemudian tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Siram batas selepas itu dan dirikan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar. Jarangkan anak benih (5 cm antara pokok) 10-14 hari selepas menyemai.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan masak 30 hari selepas berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah.

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan ( untuk 8 org )

  • * Bahan dikisar halus *
  • 4 biji cili merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
  •  
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras

  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi
  • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap. 
Selamat  Mencuba!!!!


    Sintom Penyakit Malaria



    Gejala-gejala malaria

    Gejala klinikal penyakit malaria bergantung kepada beberapa faktor, iaitu spesies parasit, ketahanan badan pesakit dan kepadatan jangkitan. Walau bagaimanapun, gejala yang sering berlaku ialah demam yang membabitkan tiga peringkat, iaitu sejuk, panas dan berpeluh.
    1. Peringkat sejuk
    2. Bermula dengan letih dan sakit kepala. Pesakit berasa sejuk dan badan akan mengigil. Ketika keadaan itu berlaku, suhu badan meningkat dengan cepat sehingga paras di antara 39 dan 41 darjah Celsius. Pesakit juga kadang-kala muntah. Keadaan itu boleh berlaku selama tiga jam.
    3. Peringkat panas
    4. Pesakit terasa panas sehingga kulit menjadi kering. Sakit kepala semakin teruk dan loya sedikit. Keadaan ini boleh berlaku selama enam jam.
    5. Peringkat berpeluh



    Berikutan keadaan panas, pesakit akan berpeluh selama kira-kira sejam. Menurut Dr. Satwant Singh, Penolong Pengarah Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, setiap serangan demam akan diikuti keadaan normal dan selesa di antara 48 jam dan 72 jam.

    Serangan seterusnya akan berulang seperti serangan pertama. Walau bagaimanapun, malaria falciparum menunjukkan ciri-ciri klinikal yang pelbagai dan serius berbanding malaria lain. Komplikasi seperti jaundis, masalah pembekuan darah, rosak buah pinggang dan hati serta koma. Jangkitan malaria lain, iaitu malaria vivax dan malaria kurang serius dan jarang membawa maut.

    Friday 11 November 2011

    Doa Penerang Hati...... amalkan

    my BADMINTON sTAR

    DATUK LEE CHONG WEI

    LIN DAN

    PETER GADE CHRISTENSEN

    CHEN LONG

    TAUFIK HIDAYAT

    CHEN JIN

    CAI YUN  & FU HAI FENG

    TAN BOON HEONG & KOO KIEN KIAT

    MARKIS KIDO & HENDRA SETIAWAN

    JUNG JI SUNG & LEE YONG DAE