Saturday 12 November 2011

Sintom Penyakit Malaria



Gejala-gejala malaria

Gejala klinikal penyakit malaria bergantung kepada beberapa faktor, iaitu spesies parasit, ketahanan badan pesakit dan kepadatan jangkitan. Walau bagaimanapun, gejala yang sering berlaku ialah demam yang membabitkan tiga peringkat, iaitu sejuk, panas dan berpeluh.
  1. Peringkat sejuk
  2. Bermula dengan letih dan sakit kepala. Pesakit berasa sejuk dan badan akan mengigil. Ketika keadaan itu berlaku, suhu badan meningkat dengan cepat sehingga paras di antara 39 dan 41 darjah Celsius. Pesakit juga kadang-kala muntah. Keadaan itu boleh berlaku selama tiga jam.
  3. Peringkat panas
  4. Pesakit terasa panas sehingga kulit menjadi kering. Sakit kepala semakin teruk dan loya sedikit. Keadaan ini boleh berlaku selama enam jam.
  5. Peringkat berpeluh



Berikutan keadaan panas, pesakit akan berpeluh selama kira-kira sejam. Menurut Dr. Satwant Singh, Penolong Pengarah Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, setiap serangan demam akan diikuti keadaan normal dan selesa di antara 48 jam dan 72 jam.

Serangan seterusnya akan berulang seperti serangan pertama. Walau bagaimanapun, malaria falciparum menunjukkan ciri-ciri klinikal yang pelbagai dan serius berbanding malaria lain. Komplikasi seperti jaundis, masalah pembekuan darah, rosak buah pinggang dan hati serta koma. Jangkitan malaria lain, iaitu malaria vivax dan malaria kurang serius dan jarang membawa maut.

No comments:

Post a Comment