Saturday 12 November 2011

10 negara terkaya di dunia

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (10)
Equatorial Guinea
Negara yang berada pada kedudukan nombor 10 negara paling kaya ialah negara Equatorial Guinea yang terletak di benua afrika, menggunakan bahasa rasmi spanish dan french, negara ini memperolehi pendapatan per kapita $ 44,100.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (9)
IRELAND
Negara Ireland berada pada kedudukan nombor 9, merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan per kapita dengan berjumlah
$ 45,600.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (8)

AMERIKA SYARIKAT
Negara yang digelar dengan gelaran polis dunia (bukan polis santeri yer) ini memang sentiasa menjadi perhatian dunia. Dari Hollywood sehinggalah isu-isu semasa, negara yang mempunyai populasi 308 juta lebih penduduk dan negara yang melahirkan ramai ‘billionares’ di dunia. Adalah dikhabarkan, ‘billionares’ yang tinggal di Amerika Syarikat adalah seramai mereka yang berada di dunia secara total, dengan kepesatan teknologinya boleh dikatakan Amerika Syarikat ini layak digelar syurga teknologi. Per kapita yang diperolehi negara Amerika Syarikat ini ialah $ 46,000. (hmm boleh tahan tu).

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (7)
SINGAPURA
Yang berada di tangga ke 7 ialah negara Singapura (bukan Singa berpura yer hehe). Negara yang mempunyai 63 buah pulau dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi . Singapura terkenal dengan pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mesra untuk mejalankan urusan perniagaan. Singapura dikenali dengan gelaran ’4 Asian Tigers’. Per kapita yang diperolehi negara Singapura ini ialah $ 48,900.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (6)
UAE  (United Arab Emirates)
Uae negara dari benua arab berada di tangga ke 6 dengan nilai kekayaan per kapita sebanyak $ 55,200. Negara yang sinonim dengan kekayaan minyak dan gas asli ini telah mencapai kejayaan antara negara yang termaju di dunia, mempunyai bangunan yang tertinggi di dunia dan abad ini yang dikenali dengan nama burj khalifa telah meletakkan Uae antara senarai negara terkaya di dunia.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (5)
KUWAIT
Negara yang berada di tangga ke 5 ialah Kuwait dengan mempunyai pendapatan per kapita $ 55,300. Mempunyai populasi penduduk seramai 3 juta lebih. Kuwait bermaksud “Tembok yang dibina berdekatan air” di dalam bahsa arab. Kuwait kaya dengan hasil minyak dan mempunyai 10% daripada rizab minyak dunia. Sebagai negara tanpa sistem cukai, lebih 80% hasil negara diperolehi daripada jualan eksport minyak mentah. (hohoho hebat tu)

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (4)
NORWAY
Negara yang terkenal dengan keindahan diibaratkan seperti syurga dunia berada di tangga ke-4 senarai per kapita dengan nilai $ 55,600. Mempunyai populasi penduduk sebanyak 4 juta lebih. Ibu kota yang dikenali dengan nama Oslo. Bandar Oslo telah mewakili suku penduduk Norway iaitu 907,288 ribu. Norway mempunyai kos sara hidup 30% lebih mahal daripada di US. 

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (3)
BERMUDA
Bermuda negara kepulauan yang berdekatan dengan Amerika Syarikat dan merupakan bekas tanah jajahan British. Mempunyai populasi rakyat seramai 67 ribu lebih. Negara yang terkenal dengan peristiwa triangle bermuda tempat kapal terbang yang hilang secara mengejut (menakutkan tu hehe). Mempunyai pendapatan per kapita sebanyak $ 69,900.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (2)
QATAR

Salah sebuah lagi negara arab yangmempunyai pendapatan per kapita tertinggi iaitu $ 75,900. Mempunyai populasi penduduk sebanyak 1 juta lebih. mencapai kemerdekaan daripada Great Britain pada tahun 1971.
Tanpa cukai pendapatan, Qatar mempunyai kadar cukai antara yang terendah di dunia namun masih mampu menawarkan kemudahan secara percuma kepada penduduknya.

NEGARA PALING KAYA DI DUNIA (1) JUARA
Negara yang paling kaya sekali di dunia dengan mempunyai pendapatan per kapita tertinggi ialah bukan negara yang besar dan canggih seperti Amerika Syarikat dan mempunyai hasil minyak yang banyak seperti negara arab tetapi ialah sebuah negara yang kecil dan tidak dikenali iaitu Luxembourg, sebuah negara yang korang semua pun tidak pernah dengar (jangan cari peta sekarang yer).


LUXEMBOURG
Negara yang menggunakan bahasa rasmi Luxembourgish, French dan Jerman. Negara kecil ini hanya berkeluasan 50X30 batu persegi. Dengan mempunyai populasi penduduk 511,840 negara ini merupakan satu keajaiban Eropah selain menjadi 1 daripada 8 negara terkecil di dunia. Mengikut sistemnya, Luxembourg diiktiraf negara terkaya di dunia 2011 mengikut pendapatan per kapita.

No comments:

Post a Comment